.:Warkah Pembukaan:.

Tuesday 10 May 2011

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera....


Buat pertama kalinya Kelab Sains Makanan UMT yang terdiri daripada pelajar-pelajar Teknologi Makanan dan pelajar-pelajar Perkhidmatan Makanan menubuhkan blog untuk kegunaan kelab bagi mendekatkan serta memudahkan hubungan dan informasi tentang aktiviti kelab untuk disampaikan kepada para ahlinya.  Selain itu juga penubuhan blog ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak atasan kelab dan ahli-ahlinya yang mungkin juga terdiri daripada blogger-blogger yang aktif. 



Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada ahli-ahli kelab ini supaya sentiasa menyokong kami dan membantu kelab kita ini supaya kita dapat menjalankan semua aktiviti-aktiviti kelab dengan teratur seperti yang telah dirancangkan. Tidak lupa juga, jika anda ada melihat kepincangan dan kesilapan kami, ketika kami melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada kami, anda berhak menegur dengan harapan kami menyedari akan kepincangan tesebut dan segera membaikinya, kerana kami juga manusia seperti anda, melakukan kesilapan dan memerlukan teguran serta saling mengingati antara satu sama lain supaya kebaikan diperolehi kedua belah pihak.

Akhir kata daripada saya, marilah kita semua bersama-sama berganding bahu, tidak kiralah anda adalah junior, senior mahupun super senior, tanpa mengira juga perbezaan agama dan keturunan...sekiranya anda mempuyai rasa tanggungjawab pada kelab ini, moleklah sekiranya kita semua yang berdiri dibawah satu bumbung ini, berpanas dan berhujan bersama-sama untuk melaksanakan segala aktiviti kelab demi kebaikan semua. 
Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
     - AJK ICT FSC -

                     







0 comments:

Post a Comment


Labels

UMT Food Science Club. Powered by Blogger.