Logo Baru Kelab?

Wednesday, 11 May 2011

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera....

Atas permintaan penasihat kelab iaitu En. Hafiz ketika mesyuarat pertama AJK tertinggi kelab, beliau meminta supaya logo baru kelab di buat untuk menggantikan logo kelab yang lama (Gambar dibawah).

Logo Lama FSC

Disini terdapat beberapa rekaan logo tidak rasmi yang telah direka bagi menggantikan logo lama tersebut. Sebarang cadangan dan komen anda yang berharga adalah amat dialu-alukan.



Code 00


Code 01


code 02

code 03

Rekaan manakah idaman anda? Anda tentukan!

Tidak berpuas hati dengan logo-logo ini?
Ingin mengekalkan logo yang lama? 
Suarakan segala pendapat dan cadangan anda supaya kami dapat memberi yang terbaik kepada anda...


 

Rekaan logo ini tidak terhad hanya pada logo diatas. Jika anda berminat menghantar rekaan logo anda sendiri, sila postkan design anda ke laman rasmi facebook kelab. Dan kami akan membuat undian memilih logo pada tarikh yang ditentukan nanti. Anda juga boleh memberi cadangan kepada saya selaku AJK ICT kelab jika anda mempuyai cadangan untuk menambah baik logo-logo diatas.

Sekian Terima Kasih.

.:Warkah Pembukaan:.

Tuesday, 10 May 2011

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera....


Buat pertama kalinya Kelab Sains Makanan UMT yang terdiri daripada pelajar-pelajar Teknologi Makanan dan pelajar-pelajar Perkhidmatan Makanan menubuhkan blog untuk kegunaan kelab bagi mendekatkan serta memudahkan hubungan dan informasi tentang aktiviti kelab untuk disampaikan kepada para ahlinya.  Selain itu juga penubuhan blog ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak atasan kelab dan ahli-ahlinya yang mungkin juga terdiri daripada blogger-blogger yang aktif. 



Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada ahli-ahli kelab ini supaya sentiasa menyokong kami dan membantu kelab kita ini supaya kita dapat menjalankan semua aktiviti-aktiviti kelab dengan teratur seperti yang telah dirancangkan. Tidak lupa juga, jika anda ada melihat kepincangan dan kesilapan kami, ketika kami melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada kami, anda berhak menegur dengan harapan kami menyedari akan kepincangan tesebut dan segera membaikinya, kerana kami juga manusia seperti anda, melakukan kesilapan dan memerlukan teguran serta saling mengingati antara satu sama lain supaya kebaikan diperolehi kedua belah pihak.

Akhir kata daripada saya, marilah kita semua bersama-sama berganding bahu, tidak kiralah anda adalah junior, senior mahupun super senior, tanpa mengira juga perbezaan agama dan keturunan...sekiranya anda mempuyai rasa tanggungjawab pada kelab ini, moleklah sekiranya kita semua yang berdiri dibawah satu bumbung ini, berpanas dan berhujan bersama-sama untuk melaksanakan segala aktiviti kelab demi kebaikan semua. 
Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
     - AJK ICT FSC -

                     








Labels

UMT Food Science Club. Powered by Blogger.